DI KEDAI

JURNAL PENULISAN 2023

4
JANUARI 2023

MINGGU  1

Hati gembira tidak terkata tatkala di kedai aku bersama si Dia. Menyelusuri pakaian pelbagai jenis. Bermacam-macam busana menggamit pilihan hati. Tudung berlainan corak dan warna. 

"Cik nak beli apa? " Ujar seorang perempuan muda ke arahku

"Saya nak tengok je" Diriku membalas dengan senyuman. 

Diriku mencari lagi tetap masih belum terjumpa. Ingin diriku menghadiahkan busana indah kepada si Dia. Si Dia sentiasa menemani diriku bila masa susah dan senang. 

Tiba-tiba Si Dia memberikan bungkusan dan menyerahkan kepadaku. Belum sempat diriku belanja,  dia pula yang meghadiahi aku sepasang pakaian Baju Kurung Moden.  Terima kasih buat Si Dia. Alhamdulillah. 

#jurnalpenulisanunikh
#jurnalpenulisan2023

#jpshaframli2023



Previous Post Next Post