PERGINYA DUKA


 PERGINYA DUKA 


Kawan juga keluargaku tahu sejak dibangku sekolah kulit wajahku agak bermasalah. Merah-merah yang amat teruk. Sudahlah begitu tumbuh jerawat yang besar dan kadang-kadang bernanah. Hampir semua tempat di wajahku berjerawat. Atas bibir, dibahagian dagu,  dikawasan dahi dan pipi yang paling banyak sekali. Tiada tempat yang bebas dari bewarna merah. 

"Teruknya muka dia" Dua lelaki memandang ke arahku.

Mukaku yang sememangnya merah jadi lebih merah. Mendengarkan itu,  aku terus berlalu tanpa menoleh lagi. 

Perkara ini membuatkan aku hilang keyakinan diri. Aku menjadi malu untuk kehadapan. Rasa cemburu sekali dengan kawan-kawanku yang berwajah licin. 

Satu hari rakan serumahku mengajak aku ke kampungnya dialah yang memberitahu penawar kepada resdung ini adalah air kolah masjid yang terbuka. Hal ini kerana air kolah itu sentiasa mendengar laungan azan. Sedut air itu ke dalam hidung sedalam-dalamnya dan keluarkan air tersebut serta kahak yang ada. 

Diriku cuba melakukan perkara itu dengan bersungguh-sungguh. Setiap kali hendak mengambil air wuduk akan ku lakukannya.  

Tak sampai 3 bulan wajahku sikit demi sedikit sembuh. Jerawat semakin kurang. Aku gembira bukan kepalang kerana kedukaan ini telah terhapus. Kini aku lihat wajah di dalam cermin dengan kesyukuran yang amat sangat. Perginya duka yang membuatkan diriku sedih dan kecewa. Alhamdulillah 

#jpshaframli2023

#minggu1

Previous Post Next Post