JUMPA ORANG


Alhamdulillah. Seronok di hari pertama persekolahan bagi kumpulan B. Syukur masih diberi peluang berjumpa rakan-rakan dan anak-anak didik. 

Seronok juga kerana musim durian masih lagi di Sungai Lui ni. Best betul menikmati durian  percuma. Dengan makan durian kita akan jumpa orang yang juga suka makan durian.  Buah durian masih segar dan bulat. Isinya sangat sedap. Diriku terpegun dengan warna pada duri buah itu. Ada yang bewarna hitam! 

Parang menembusi buah yang terpilih.  

"Prak" Buah dikopek dengan sopan santun oleh salah seorang cikgu di sini. 

"Masyaallah,  kuning isinya! " 

Tanganku terus hinggap pada buah tersebut. Sedap betul isinya.  Lemak berkrim disukai ramai. Terima kasih dau keladi Acu kerana memberikan kami rezeki makan raja segala buah ini. Jika ada masa berilah lagi. 

Diriku pulang ke rumah dengan hati gembira dan bersyukur. 

#jpshaframli2023




#jpshaframli2023
Previous Post Next Post