Assalammualaikum, salam sejahtera. Petai adalah makanan yang sinonim dengan masyarakat melayu.
PETAI (Parkia speciosa) atau 'Pete' dikalangan penduduk Indonesia merupakan tanaman Mimosaceae adalah subfamili dari keluarga tanaman berbunga Fabaceae (Leguminoceae). Tanaman kekacang ini termasuk kelompok Angiospermae iaitu bijinya tertutup oleh daun buah (karpela) dan daun buah merupakan bakal buah. Petai merupakan tanaman kategori ulaman atau sayuran buah yang berumur agak lama jika dijaga dengan baik iaitu melebihi 10 tahun dan petai liar dihutan pula melebihi 30 tahun. Pokok petai merupakan pokok besar dengan ketinggiannya dapat mencapai 10meter dan selalu mempunyai cabang sedikit. Daunnya tersusun dalam tangkai bersusun seperti ia membentuk 'sirip ikan'.
Pokok petai selalunya mempunyai jenis akar tunjang yang dalam dan akar lain yang panjang serta agak dalam di bawah permukaan tanah. Bunganya terkumpul pada satu struktur bulat seperti kepala yang berwarna kuning bertangkai panjang dan kedudukannya adalah terggantung. Bagaimana pun unik juga apabila dilaporkan dimana pokok petai ada dua jenis iaitu Pokok Petai Jantan yang bunganya semua jantan (tidak dapat berbuah) dan Pokok Petai Sempurna (bunganya sempurna dan fertile serta ada bunga lain yang tidak subur atau betina mandul). Pokok ini tumbuh dikawasan beriklim tropika dan tumbuh liar didalam hutan malar hijau yang hanya berbuah hanya pada musim tertentu.
Buah petai juga termasuk tanaman yang mendapat permintaan tinggi dikalangan masyarakat tempatan walau pun sesiapa yang memakannya akan berbau nafasnya dan najisnya. Petai segar yang dijual dipasaraya, pasar tani, gerai tepi jalan dan pasar malam sering mendapat kunjungan ramai pembeli.
Pokok petai merupakan pokok saka yang mampu tumbuh sehingga setinggi 20 meter (60 kaki) dimana cara membiakkannya adalah melalui biji yang matang.
Bunga petai adalah bersifat majmuk atau mudah dikatakan ia berupa sekelompok kuntum bunga yang terangkai pada satu susunan tangkai-tangkai bunga. Susunan bunga yang unik ini disebut pula dengan istilah inflorensens. Bunga petai selelunya dilihat tertutup oleh benang sari dan putik berwarna kuning.
Pokok ini menghasilkan buah petai yang terbentuk dalam satu polong (pod) yang terdiri dari 15 sampai 20 biji. Panjangnya sendiri mampu mencapai 25cm dengan warnanya hijau yang mana bijinya akan diseliputi dengan selaput tebal berwarna coklat. Jika buah petai terlalu masak selalunya ia akan menjadi kering dimana bijinya boleh dijadikan biji benih untuk semaian bagi tanaman baru.
Buah petai muda bagaimana pun sering dijadikan ulam atau dimasak menjadi pelbagai bahan perisa petai. Antara jenis masakan mengandungi petai seperti Sambal Petai, Sambal Bilis Petai (enak dimakan dengan tomyam), sambal goreng jawa petai dan lain-lain lagi.
Walau pun pokok petai boleh hidup dibanyak lokasi akan tetapi sebenarnya ia hanya berprestasi dengan baik pada keadaan tertentu.
Tanaman petai boleh tumbuh dengan baik pada dataran tanah rendah sehingga dikawasan pergungan dengan ketinggian 800 meter dari paras laut.
Pokok petai mampu mula berhasil apabila berumur 4 - 5 tahun selepas ditanam iaitu bagi pokok ditanam menggunakan benih tut atau benih cantuman. Bagi pokok ditanam dari biji benih pula biasanya lebih lama untuk ianya berbuah.
Proses pendebungaan bunga petai mengambil masa selama 3 - 4 bulan. Buah ini biasanya sudah padat isinya dengan mempunyai citarasa dan aroma sesuai untuk dimakan.